Berkelah di Hutan Lipur Sungai Sendat

2/23/2016  Selasa 5.33PM


Hai, 
Lama x tulis karangan panjang2 ejaan dan tatabahasa pon semua x betul...haha..apapon x menghalang saya daripada berkongsi pengalaman pergi berkelah di hutan lipur sungai sendat.

Pada 2 hari lepas iaitu pada 21/02/16 , saya dan kawan2 pergi berkelah di hutan lipur sungai sendat. Pada jam 7.30am, terjaga dari tidur dengan kalut nya keadaan masa itu...hehe... knapa?? sebabnya janji ngn kwn2(lelaki) yang lain akan bertolak dari rumah, tp msa itu smua makanan yg nak bwa ke tempat berkelah blm siap. Namun, jam 10.00 dapat juga bertolak tpi slpas dgr ceramah free drpda kwn2 . Pagi itu kita bawa maggi goreng,bihun goreng,nasi goreng dan roti bakar.ok ... saya mula cara nak pergi ke sana dari tol bukit beruntung( ikut mr.waze...hiksss)...kalau nak bagi tunjuk jalan dengan detail memang tidak boleh kerana asyik tidur saje dalam kereta.


Sekarang kita biarkan gambar2 bercara ^_^...



Dalam perjalanan.
















Sekitar 40 minit dari tol bukit beruntung anda akan jumpa signboard ini dan perlu kearah kanan.. lagi mudah jika anda ikut waze.












ok...jika jumpa signboard ini pula maknnya anda sudah hampir sampai. Namun begitu,jika pertama kali datang ke tempat ini anda akan berasa sedikit jauh dan sunyi... oppps...lupa.. jika jumpa signboard itu anda perlu ke kanan dan trus drive ...








yeeahhhh.... sudah sampai ke destinasi.













Rm1 dikenakan kepada setiap orang sebagai tiket masuk kawasan tersebut.













Kebersihan memang dijaga dengan rapi. Kawasan sangat bersih dan memang sesuai dijadikan destinasi berkelah bersama keluarga mahupun sahabat-sahabat. Selain itu, air tempat ini sangat sejuk, tambah pula suasana yang menyenangkan.











Suasana sekitar Hutan Lipur dan asap itu ada keluarga yang membuat BBQ. Sedikit kecewa kerana kami memilih hari hujung minggu ke tempat ini,orang ramai jd x sempat nak jalan ke seluruh tempat dan juga tingkat di atas.










Bersih kan?Tidak ada sampah yang merata2 mungkin sebab ada tong sampah disediakan jadi mudah untuk membuang sampah.













Gambar terakhir,skitar tempat yang kami letak barang dan makanan. ( sambil lihat satu kumpulan tersebut panggang ayam...hmmm terliur.... hahhahaha). Gambar tidak banyak diambil kerana teruja nak rendam air...hahaha.











Akhir sekali, ingin ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan boleh komen apa2 saja kerana akan membantu saya membaiki penulisan yang tidak berformat ini.

Terima Kasih...Jumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Trip Bajet ke Siem Reap, Cambodia

Hiking Bukit Kutu 2017