Hiking Bukit Kutu 2017

Hello,
 Dah hampir 2 minggu berlalu baru ada masa nak post. hmmm.

Ringkasan ikut pergalaman saya ya ..

 Tarikh mendaki:  Hujung bulan April 2017

 Lokasi: Bukit kutu

 Masa yang diambil : 4 Jam

 Tahap kesukaran: 3.5/5

 Permandangan : 4/5

 Bayaran: Rm 1/ seorang

Permit:( Nanti saya ulaskan lebih lanjut). ___________________________________________________


                                                                        Lokasi

 Rancangan untuk mendaki bukit sebenarnya dah lama dirancang tapi tiada kesempatan. Namun hujung april kawan- kawan dan saya tekad pergi kalau tidak sampai bila-bila hanya merancang. Untuk sampai ke tempat bukit tidak susah hanya taip dekat google map " Tempat Parking bukit Kutu" pasti sampai dengan selamat.
 Bukit Kutu adalah kawasan penempatan orang asli disitu. Selain mendaki, bukit kutu juga menjadi tempat berkelah berhampiran dengan kawasan perking kerana terdapat sungai yang jernih dan bersih.


Gambar pemandangan sebelum sampai bukit kutu

Masa yang diambil 
 4 jam??? Lama nya.... hahaha. Sebenarnya orang boleh sampai ke puncak bukit kutu hanya mengambil dalam 3 jam lebih. Kita yang mengambil masa terlalu lama sebab pergi dalam kumpulan maka terpaksa tunggu- menunggu. Kami mendaki pada pukul 10.00 pagi sampai dipuncak pada pukul 3.30 petang( sekali berhenti rehat dan menunggu kawan). Ketika sampai dipuncak hanya rehat sekejap sahaja sebab awan mula mendung.Trip... yang menarik hampir 12 jam kita hiking.. ketika turun semula ke tempat parking dah hampir 9.30 pm. 
 Nota: Sekiranya pergi dalam kumpulan yang kecil perlu turun awal dan kelengkapan yang lengkap seperti headlamp,raincoat,makanan,air dan lain-lain. 
 Tahap kesukaran 
 Saya bagi 3.5/5 sebab nama je bukit kutu tapi tinggi nya makkkkkk aiiiiiii... dah boleh panggil gunung kot.Tambah lagi, ketika saya pergi adalah musim hujan. Sekiranya dari segi struktur jalan mudah dan senang untuk pendaki. Untuk menjaga keselamatan, kalau boleh jangan pergi ketika musim hujan kerana takut tergelincir dengan permukaan tanah yang agak licin. 
 Permandangan
 Saya sangat menarik kerana kawasan dijaga rapi dan bagi pencinta alam sangat sesuai. Selain itu, sungai yang jernih dan sesuai untuk berkelah dengan kawan-kawan mahupun keluarga.
 Bayaran 
 Hanya rm1 dikenakan kepada setiap orang ketika ingin masuk ke tempat parking. 
 Permit
 Haaaa... ini sangat keliru bagi kami. Apa yang kami tahu bukit kutu tidak permit. Tetapi,hari yang hendak pergi ke sana, salah seorang kawan saya forward dari group sebelah bukit kutu dan temapt hiking di kawasan kuala selangor perlukan permit jika ingin mendaki. Apa lagi gelabah la... tapi untuk kepastian kami terus cari nombor dan call balai polis Bukit kutu dan jawapan memang ya memang perlu permit. Dan luntuk langkah-langkah berjaga,kami pergi membawa senarai nama untuk lapor diri dan minta kebenaran untuk mendaki tapi kena juga ceramah sedikit... ahhahaha...dan yang penting... apa-apa jadi adalah tanggungjawab kami sendiri. Apabila sampai tempat parking, saya tanya dengan beberapa orang pendaki yang lain masih belum tentang bukit kutu perlukan permit. Disebabkan sebelum naik buki ada melapor diri, maka balik juga perlu lapor diri yang kami  dah selamat turun dari bukit.
Nota: Sekarang mungkin perlu mohon permit. Untuk bagi pastikan lebih baik call tanya balai bukit kutu. Sebab nanti x pasal- pasal kena tahan sebab dikatakan penceroboh sebab bukit kutu adalah hutan simpan.
Gambar- gambar 
Tidak sempat ambil gambar pemandangan banyak-banyak sebab hujan renyai-renyai takut kamera masuk air..hehehhe
Baca ..jangan tak baca..
Setiap laluan trek ada penanda.

Antara laluan trek yang kena lalui.
Salah satu penanda yang ada setiap laluan.
Suka..
Kawasan untuk rehat... batu besar.
Okay..dah sampai puncak.
Air perigi.. Bersih ke tak tu tak pasti.. yang pasti minum semua orang.



Hanya mampu lihat bawah..takut nak naik.



1053 Mtr
3456 Ft



Peneman ketika mendaki...
Okay dah habis..
Gambar mungkin tidak beberapa jelas untuk menunjjukan setiap check point sebab saya tidak sempat nak ambil gambar kesemua check point. Jadi untuk mengelakkan sesat,hanya ikut penanda  dan laluan trek yang disediakan. sekiranya jumpa Y, hanya mengambil laluan kanan kerana laluan kiri adalah untuk ke Lata medang manakala laluan kanan untuk bukit Kutu.

Comments

  1. Hai, ingin bertanya.. Sekiranya ingin bercamping disana ia memerlukan,
    1)permit
    2)lapor diri di balai polis berdekatan

    Soalan saya, Adakah memerlukan guider untuk naik kesana?.. Pernah naik bukit kutu tu, tp x pernah tau pasal permit n guider ni

    ReplyDelete
  2. bila mase ade balai polis bukit kutu?

    ReplyDelete
  3. kalau saya baru nk berjinak2 dangan hiking ni,group apa boleh saya join.korang pergi dngn kawan2 ke atau mmg dngn group hiker?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berkelah di Hutan Lipur Sungai Sendat

Trip Bajet ke Siem Reap, Cambodia