Keindahan di Puncak Broga
Hai semua, pada kali ini saya ingin kongsi sedikit pegalaman mendaki atau selalu orang sebut "hiking". Setiap hujung minggu ,saya dan kawan2 ada je plan nk jalan2...nk lihat tempat2 baru la kononnya. Kali ini,kami sampai juga di Broga Hill setelah beberapa kali rancang. Bagi saya orang yang berminat dengan aktiviti lasak atau minat dengan "hiking" memang perlu mencuba di tempat ini kerana keindahannya. Kami sampai di Broga pada jam 3.30 am dan bayaran untuk tempat letak kereta adalah Rm2. Kami mula menaiki pada jam 4.00a.m dan sampai di puncak lebih kurang jam 5.35a.m. Namun,jika kita sedikit laju mungkin hanya dalam 50 minit sampai di puncak. Selain itu,dalam perjalanan ke atas kita akan dapat jumpa ramai yang mahu ke atas juga maka dapat kurang lah sedikit perasaan takut untuk berjalan dalam gelap dan hutan.Apabila sampai je diatas saya dan kawan2 terus mencari tempat baring sambil menunggu matahari terbit dan untuk hilang letihhhhhhhhhhhhhhhhh....hahhaaha.
Ni nahhhh... gambar2 sekitar Broga Hill.
Belum cerah lagi ^^ |
Semua orang mencari 'port" untuk melihat matahari terbit. |
Permandangan yang membuat orang hilang letih...... Sunrise!!!! |
Tulis pnjang2 pon agak bosan kan nk baca...hehe... ok mehhh saya selitkan sedikit ringksan untuk persediaan ke Broga Hill mengikut pengalaman sya:
1. Pastikan anda mempunyai stamina yang kuat.
2. Pastikan anda tidak lupa lampu suluh.
3. Bawa pakaian salin sebab nanti pakaian anda pakai hiking mungkin berbau peluh.
4.Kasut sukan paling sesuai,mudah dan selesa.
5.Jalan memang ditnjuk dengan ada anak panah tunjuk arah.
6. Tahap untuk mendaki adalah sederhana maka perlu berhati-hati tambah lagi jika anda menaiki pada waktu gelap.
7. Oh ya, jangan lupa bawa minuman seperti mineral..memang "benda" ni lah anda semua cari dahulu..^^.
okay... tamat sudah cerita di Broga Hill. Terima kasih kerana sudi membaca.
Comments
Post a Comment